80s toys - Atari. I still have


SAIYIDINA UTHMAN BIN AFFAN
ra.
Di zaman kebangkitan Islam
dahulu terdapat beberapa
sahabat yang terkenal kerana
banyak mengorbankan harta-
benda dan kekayaannya untuk
membela Agama Allah. Salah
seorang di antara mereka yang
paling terkemuka sekali ialah
Saiyidina Uthman Bin Affan R.A.
Selain daripada beliau ialah
Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq,
Abdul Rahman Bin Auf dan lain-
lain lagi. Apatah lagi memang
Saiyidina Uthman R.A. baik
sebelum memeluk Islam
mahupun setelah Islam,
merupakan satu-satunya tokoh
saudagar dan peniaga yang
paling berjaya sekali. Dialah
sahabat Rasul yang banyak
mengorbankan harta-bendanya
bagi menegakkan perjuangan
Islam.
Saiyidina Uthman Bin Affan R.A.
adalah Khalifah Islam yang ketiga
sesudah Saiyidina Umar Al
Khattab R.A. Beliau telah
memerintah Kerajaan Islam
hampir sebelas tahun lamanya
dan tahun Masihi 644 hingga
655 Masihi. Beliau memperoleh
gelaran "Zun Nurain yang ertinya
yang memiliki dua cahaya.
Sebabnya ialah kerana Rasulullah
s.a.w. telah mengahwinkannya
dengan dua orang puterinya
iaitu yang pertama kali dengan
Rugayyah dan sesudah wafatnya
semasa Perang Badar, maka
Rasulullah s.a.w. telah
mengahwinkannya pula dengan
Kalthum. Demikian besarnya
kecintaan dan penghormatan
Rasulullah s.a.w. terhadap
Saiyidina Uthman R.A. Tatkala
isterinya yang kedua itu pula
meninggal, Rasulullah s.a.w. telah
berkata kepadanya, "Jika ada
anak perempuanku lagi hai
Uthman, tentu engkau ku ambil
sebagai menantu.
Sahabat besar ini termasuk
orang-orang pertama yang
masuk Islam. Beliau datangnya
dan suku atau puak Quraisy yang
paling keras sekali tentangannya
terhadap agama Islam dan
Rasulullah s.a.w., iaitu puak
Umaiyah. Menurut catatan
sejarah, Saiyidina Uthman Bin
Affan termasuk orang kelima
diajak oleh Saiyidina Abu Bakar Al
Siddiq untuk memeluk Islam.
Setelah memeluk Islam, Uthman
R.A. termasuk orang yang sangat
dicintai oleh Rasulullah s.a.w.
kerana kemuliaan dan kehalusan
budipekertinya. Memang
sesungguhnya Saiyidma Uthman
Bin Affan R.A. terkenal sebagai
seorang sahabat yang sangat
tinggi budiperkertinya, sangat
penyantun, lemah lembut lagi
pemalu. Sebagai memperlihatkan
kecintaan dan penghargaan
Rasulullah s.a.w. kepadanya
itulah maka beliau telah menjadi
pilihan baginda untuk
dikahwinkan dengan puteri-
puterinya seorang demi seorang
selepas meninggal seorang lepas
satunya. Sebagai memuji
keluhuran budi akhlaknya itulah
Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda kepadanya, "Malaikat
sangat malu kepadamu hai
Uthman. Memang Rasulullah
s.a.w. biasanya tidak keberatan
menerima kedatangan para
sahabatnya dalam berpakaian
yang biasa sahaja, tetapi apakala
diketahui bahawa Saiyidina
Uthman R.A. akan datang
mengunjunginya, maka baginda
pun mengenakan pakaiannya
yang sewajarnya sebagai
menghormati sahabatnya yang
disegani sendiri oleh para
malaikat.
Dalam suatu riwayat lain adalah
dikisahkan bahawa Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda, "Saya
bermohon kepada Tuhanku
supaya tidak ada seorangpun
yang pernah menjadi menantuku
atau menjadi mertuaku
dimasukkan ke dalam neraka. Hal
yang demikian itu tercapai oleh
Saiyidina Uthman R.A. kerana
Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda, "Tiap-tiap Nabi
mempunyai teman, dan Uthman
adalah temanku di dalam syurga.
Ketika suasana pergolakan di
Mekah menjadi tegang dan
meruncing disebabkan kaum
musyrikin Quraisy melakukan
tekanan yang hebat terhadap
kaum Muslimin, Saiyidina Uthman
termasuk orang-orang yang
turut melakukan hijrah ke
Abyssinia. Saiyidina Uthman R.A.
berserta isterinya adalah
termasuk rombongan yang
menjalankan hijrah yang
bersejarah itu. Beliau tidak
pernah memikirkan kerugian
perniagaannya yang
ditinggalkannya itu kerana beliau
sedar bahawa hijrah tersebut
adalah termasuk dalam usaha
untuk menegakkan agama Allah.
Sekembalinya beliau dan
Abyssinia, beliau pun tinggallah
di kota Mekah buat sementara
waktu. Kemudian beliau telah
melakukan hijrah pula ke
Madinah untuk menyusul
Rasulullah s.a.w. yang telahpun
lebih dahulu berhijrah di kota
tersebut.
Setelah berada di Madinah,
Saiyidina Uthman R.A. pun
mulalah menjalankan usaha
perniagaannya hingga beliau
berjaya menjadi saudagar yang
kaya. Namun demikian beliau
tidak teragak-agak sedikitpun
bagi mempergunakan seluruh
kekayaan dan harta bendanya
bagi menyahut seruan jihad bagi
menegakkan kesucian Islam.
Sebagai seorang sahabat besar,
banyak sekali pengorbanan
Saiyidina Uthman Bin Affan
terhadap Islam. Di zaman
permulaan perjuangan Islam di
Madinah, pernah kaum Muslimin
menghadapi kekurangan air, lalu
Saiyidina Uthman Bin Affan telah
membeli sebuah kolam yang
bernama Bir Ruma dan seorang
Yahudi. Pada saat itulah
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang antara kamu
yang membeli sumur Ruma lalu
dijadikannya wakaf bagi
keperluan kaum Muslimin serta ia
menimba air sumur tersebut
maka orang yang berbuat
demikian itu Allah akan
menyediakan tempat minuman
baginya dalam syurga. Begitu
juga tatkala Masjid Madinah
rnenjadi terasa sempit sebab
semakin banyaknya orang yang
bersyalat di dalamnya, maka
dengan spontan Saiyidina
Uthman membeli lima rumah
yang sederet di samping masjid
untuk dibongkar, kemudian
dibangunkan tambahan masjid
agar menjadi lebih luas dan
besar lagL
Selain daripada pengorbanan
harta benda, Saiyidina Uthman
Bin Affan R.A. juga adalah
sahabat yang paling banyak
membantu Rasulullah s.a.w.
dalam berbagai masalah. Beliau
adalah salah seorang penulis
wahyu dan juga pernah menjadi
utusan Rasul untuk menemui
kaum Quraisy pada tahun
keenam hijrah. Disebabkan
besarnya pengorbanannya
terhadap Islam maka tidaklah
menghairankan kiranya beliau
tergolong salah seorang yang
paling diridhai oleh Rasulullah
s.a.w. pada waktu wafat baginda.
Selain memiliki sifat pemalu,
Saiyidina Uthman R.A. ialah
seorang sahabat akrab
Rasulullah s.a.w. yang masyhur
dengan sifat waraknya, kuat
beribadat dan amat taqwa
kepada Allah, dia mengerjakan
segala perintah Allah dan sekali-
kali tidak melanggar larangan
Allah. Pada tiap-tiap tahun beliau
menunaikan ibadah Haji dan
dalam sepanjang tahun pula
beliau berpuasa setiap hari
kecuali pada hari-hari yang
ditegah berpuasa. Beliau sangat
mengambil berat terhadap kaum
keluarganya dan sangat
bertimbangrasa dan kasih mesra
kepada mereka. Beliaulah juga
seorang sahabat yang sangat
pemurah dan sangat takut akan
kemurkaan Allah, bila beliau
mendengar bacaan Qur'an
darihal azab api neraka maka air
matanya bercucuran keluar oleh
rasa takutnya.
Khalifah Uthman Bin Affan R.A.
telah dipilih sebagai Khalifah
apabila wafatnya Saiyidina Umar
Ibnul Khattab apakala beliau
menyatakan kesanggupannya
secara tegas kepada AbduIl
Rahman Bin Auf yang bertindak
sebagai formatir. Beliau ialah
seorang sahabat yang tua tatkala
dilantik menjadli Khalifah iaitu
ketika berumur 70 tahun. Beliau
seorang yang bersifat lemah
lembut, tidak gemar
menggunakan kekerasan dalam
menjalankan pemerintahannya,
hal ini berbeza sekali dengan
Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina
Umar R.A. yang menjadi Khalifah
sebelum daripadanya, mereka
kedua-duanya mempunyai sifat
tegas dalam menghadapi
sesuatu masalah dalam zaman
pemerintahannya. Pada masa
zaman pemerintahannya,
keadaan pemerintahan Islam dan
semasa ke semasa mula menjadi
bertambah luas dan mula
menempuh satu zaman peralihan
dan kehidupan asal orang-orang
Arab menuju suatu kehidupan
baharu dan pada zamannyalah
bermulanya zaman kemewahan
hidup yang timbul daripada hasil
penaklukan negeri-negeri yang
baharu.
Dalam zaman
pemerintahannyalah orang-
orang Islam mula merasa hidup
mewah dan menerima
kemakmuran. Mereka yang
menghadiri majlis-majlis jamuan
Khalifah Uthman pada zaman itu
melihat perbezaan besar jika
dibandingkan dengan jamuan
yang diadakan pada zaman
Khalifah Umar. Sebagai seorang
Khalifah beliau merasa bahawa
rakyatnya berhak menikmati
hidup yang makmur itu, tetapi
beliau tidak membenarkan
kepada orang-orang Islam
bersenang-senang dengan
nikmat kemakmuran itu hingga
melanggar hukum Allah. Pada
zaman beliau ramai daripada
para sahabat Rasul keluar
meninggalkan bandar Madinah
hermastautin di wilayah-wilayah
yang baharu diperintah oleh
pemerintah Islam. Pemergian
mereka itu tidak dilarang oleh
Saiyidina Uthman. Jikalau pada
zaman pemerintahan Khalifah
Umar para sahabat tidak
dihenarkan keluar dan
bermastautin di negeri-negeri
yang baharu diperintah oleh
orang-orang Islam, tetapi pada
zaman Khalifah Uthman R.A.
tegahan itu dihapuskan.
Saiyidina Uthman tidak begitu
mengambil berat terhadap
gabenor-gabenor Islam yang
memerintah di wilayah-wilayah
Islam khususnya mengenai
perjalanan mereka, untuk
menjaga nama baik mereka dan
untuk mengelakkan daripada
perkara-perkara yang mungkin
menimbulkan fitnah. Berlainan
dengan Saiyidina Umar R.A. yang
sangat mengambil berat tentang
kedudukan wakil-wakilnya yang
memerintah.
Pada zaman peinerintahan
Saiyidina Uthman Bin Affan inilah
mulai timbulnya beberapa
masalah yang belum pernah
berlaku sebelumnya. Timbulnya
peristiwa-peristiwa yang baharu
itu bukanlah disebabkan oleh
kecuaian Saiyidina Uthman
ataupun kerana beliau sengaja
meringan-ringankan hukum,
bahkan hukuman-hukuman yang
sewajarnya tetap dikenakan ke
atas siapa juga yang bersalah
yang melanggar larangan Agama
Islam. Tetapi bagaimanapun
percubaan-percubaannya itu
tidak menghasilkan hasil yang
baik berlainan dengan apa yang
dijalankan oleh Saiyidina Umar
Ibnul Khattab dalam masa
pemerintahannya dan mi
menyebabkan fitnah-fitnah
makin banyak berlaku antara
pihak pemerintah dengan orang
ramai.
Satu perkara yang mungkin
menjadi punca kelemahan
pemerintahan Saiyidina Uthman
ialah sifatnya yang mudah
dipengaruhi oleh cakap-cakap
orang lain terutama oleh kaum
keluarganya sendiri. Mereka itu
pernah mencampuri urusan
pemerintahan terutama salah
seorang keluarganya yang
hernama Marwan Bin Hakkam.
Perbuatannya yang membiarkan
keluarganya campur tangan
dalam pemerintahan serta
perlantikannya ke atas ramai
anggota keluarganya dalam
pemerintahan itulah yang
selalunya menimbulkan rasa tak
puashati di kalangan penduduk
Madinah khasnya dan rakyat
Islam umumnya.
Selain daripada itu ada lagi
beberapa perkara yang
dilakukan oleh Saiyidina Uthman
yang telah menimbulkan rasa tak
puashati orang-orang Islam pada
masa itu. Salah satu danpada
perkara-perkara itu ialah
keputusan membenarkan bapa
saudaranya Al Hakam Bin Abi Al
As dan beberapa orang
keluarganya kembali semula ke
Madinah, padahal Al Hakam telah
dipenintah keluar dari Madinah
kenana sikap penmusuhannya
terhadap Rasulullah s.a.w. dan
Saiyidina Uthman telah merayu
kepada Rasulullah pada masa
hayatnya lagi meminta baginda
membenarkan bapa saudaranya
itu kembali tetapi Rasulullah
s.a.w. tidak membenarkan
permintaannya itu hingga pada
zaman Saiyidina Abu Bakar R.A.
dan Saiyidina Umar R.A. dia tidak
dibenarkan juga kembali. Apabila
Saiyidma Uthman dilantik
menjadi Khalifah bapa
saudaranya itu dihenarkan
kembali ke Madinah., bukan
setakat itu sahaja namun apabila
ia mati kuburnya dibina dengan
indahnya dan anaknya yang
bernama Al Hanith dilantik pula
menjadi pegawai menjaga
tempat-tempat perniagaan di
Madinah. Sementara perlantikan
Saiyidina Uthman ke atas
anaknya Al Hakam yang bernama
Marwan menjadi sebagai
menteni kepadanya itu dikecam
hebat juga oleh orang-orang
Islam. Beberapa orang sahabat
yang terkemuka telah
membantah perlantikan itu tetapi
tidak dipedulikan oleh Saiyidina
Uthman. Mengenai
pengkembalian bapa saudaranya
ke Madinah, Saiyidina Uthman
memberitahu sahabat-
sahabatnya bahawa beliau telah
memohon persetujuan Rasulullah
s.a.w. dan itulah sebabnya beliau
berani melakukan demikian.
Selain daripada itu orang-orang
Islam merasa tak puas hati juga
tenhadap pemecatan yang
dilakukan oleh Saiyidina Uthman
ke atas pegawai-pegawai yang
dilantik pada zaman Saiyidina
Umar Ibnul Khattab dan
digantikan dengan orang-orang
baru dari kaum keluarganya.
Perkara-perkara seperti yang
tersebut itu berlakunya di
Madinah pusat pemerintahan
Islam pada masa itu. Sementara
di lain-lain wilayah Islam tak
sunyi juga daripada adanya
golongan-golongan yang
menaruh rasa curiga dan tak
puas hati terhadap Saiyidina
Uthman R.A. Pemenintahan
Saiyidina Uthman itu mula
menempuh satu percubaan yang
besar iaitu dengan tumbuhnya
punca fitnah di Madinah yang
akhirnya menjalar ke seluruh
wilayah-wilayah Islam yang lain.
Tatkala itulah seorang musuh
Islam bernama Abdullah Bin
Saba, seorang Yahudi yang
mengaku dirinya memeluk Islam
telah membangkitkan
kemarahan rakyat terhadap
Khalifah Uthman R.A. dengan
tujuan untuk memecah belahkan
kaum Muslimin sesama sendini.
Seonang sahabat yang tenkenal
bennama Abu Zar juga telah
menentang hebat pemerintahan
Saiyidina Uthman R.A. dengan
membuat cabaran ke atas
Khalifah itu dan juga ke atas
Muawiyah yang pada masa itu
sebagai wakil Khalifah
memerintah kota Damshik. Di
negeri Syam Abu Zar telah
termakan hasutan dan Abdullah
Bin Saba lalu menentang
Muawiyah kerana menurut
pendapatnya pernah Mauwiyah
mendakwa bahawa harta
Baitulmal semuanya adalah
kepunyaan Allah bukan
kepunyaan onang-orang Islam
seolah-olah dia bercadang tidak
akan membahagikan harta
baitulmal kepada orang ramai.
Inilah hasutan yang dibuat oleh
Abdullah Bin Saba kepada
sahabat tenkenal iaitu Abu Zar
yang memang berjiwa militan
dan keras itu. Memandangkan
bahaya dan pengaruh Abu Zar
itulah maka akhinnya Saiyidina
Uthman Bin Affan mengambil
tindakan untuk mengasingkan
Abu Zar Al Ghifari dari orang
ramai lalu dibuangnya ke satu
tempat bernama Raudah. Di
tempat pembuangannya itu
beliau terus-menerus juga
membuat kecaman ke atas
Saiyidina Uthman R.A. hingga
akhin hayatnya beliau meninggal
dunia pada tahun 31 Hijrah.
Sementara itu kegiatan-kegiatan
yang dilakukan secara gigih oleh
Abdullah Bin Saba untuk
memecah-belahkan ummat Islam
telah mendapat kejayaannya di
Mesir, Kufah dan Basrah. Beliau
telah benjaya mempengaruhi
jiwa orang ramai dengan
menyebarkan satu fahaman yang
belum pernah dibawa oleh
sesiapa sebelum itu bahawa
kononnya Nabi Muhammad s.a.w.
ada menetapkan seorang
penggantinya iaitu Saiyidina Ali
Bin Abu Talib R.A. Di Mesir
Muhammad Bin Abu Bakar, iaitu
anak Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq
telah menyokong gerakan
Abdullah Bin Saba itu kerana
didorong oleh pertalian kerabat
antaranya dengan Saiyidina Ali
R.A. iaitu sebagai anak tiri
kepada Saiyidina Ali Bin Abu Talib
yang beristerikan balu Saiyidina
Abu Bakar R.A. iaitu Asma Binti
Umais ibu Muhammad Bin Abu
Bakar. Muhammad Bin Abu Bakar
menentang keras pemerintahan
Saiyidina Uthman kerana
sepucuk surat yang dihantar oleh
Marwan Bin Hakkam dari
Madinah kepada Abdullah Bin
Saba, gabenor Mesir
menyuruhnya membunuh
Muhammad Bin Abu Bakar dan
juga membunuh sekelian orang
yang menyokong Muhammad
sama ada dan golongan
Muhajirin ataupun dan Ansar.
Kesudahannya golongan-
golongan yang menentang
Khalifah Uthman Bin Affan yang
datangnya dan wilayah Mesir,
Kufah dan Basrah itu membuat
satu pakatan menuju Madinah
untuk mengemukakan tuntutan-
tuntutan meneka kepada
Khalifah. Apakala mereka dapati
tuntuntan-tuntutan mereka itu
tidak dapat ditunaikan
sepenuhnya oleh Khalifah maka
mereka pun melakukan
kepungan terhadap istana
Khalifah Uthman Bin Affan.
Setelah beberapa hari melakukan
kepungan, mereka akhirnya
merempuh masuk lalu
membunuh Khalifah Uthman Bin
Affan yang tenkenal kenana sifat
sabar dan santunnya itu. Ketua
pemberontakan itu bernama Al
Ghiffari telah memukul Saiyidina
Uthman dan kemudiannya
diiringi pula oleh tetakan dengan
pedang dari seorang
pemberontak lain, pukulan mana
disanggah oleh isteni Saiyidina
Uthman bernama Naelah dan
kena pada jari tangannya lalu
putus. Akhinnya Saiyidina
Uthman mati terbunuh pada 35
Zulhijjah tahun 35 Hijrah dan
akibat dan kewafatannya itu
maka bermulalah babak-babak
yang mendukacitakan dalam
lembaran sejarah Islam.